Tekan Je tak kena Bayar pun

Friday, May 31, 2013

Bicara Jodoh

Ya Allah…
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku..Jadikanlah dia imamku

Ya Allah..
Jika dia yang mampu membahagiakanku dunia dan akhirat janganlah Engkau jauhkan dia dariku…

Ya Allah…
Jika dialah yang dapat membawa aku ke jalanMu, satukanlah hati kami sampai akhirat..

Ya Allah..
Jika aku adalah rusuk kirinya, jadikanlah aku pelengkap dirinya, pendamping paling setia, wanita yang dia cinta, isteri yang dia banggakan dan ibu terbaik untuk zuriat-zuriat kami.

Ya Allah..
HambaMu yang jahil ini meminta, ya Allah. Berikanlah dia kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMu. Andai telah tertulis dia bukan untukku, kurniakanlah dia seseorang yang baik untuknya, dan bahagiakanlah mereka , ya Allah.

Ya Allah…
Aku tidak tahu sejak bila aku mencintainya. Juga bagaimana untuk berhenti menyayanginya. Telah aku cuba melupakan tapi bayangannya tetap ada. Hati ini tetap juga menyanjung dia.

Ya Allah..
Kerana kelemahan dan kekuranganku, aku serahkan semuanya padaMu. Jika mencintainya inilah, yang terbaik untukku, redhailah. Semoga cinta ini adalah keranaMu, ya Allah. Semoga cinta ini membawa aku dekat denganMu. Dan semoga cinta sesama insan ini menyedarkan aku untuk selalu mengisi hati ini dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu.

Amin Ya Rabbal Alamin…

Friday, March 22, 2013

My 1st Dating With Him...

Assalamualaikum...

Aku tak tahu kenapa aku nak tulis kat sini pasal 1st dating dgn dia ni...entah la..mungkin sebab dah lama x dating dgn orang lelaki bujang..aku jadi teruja sikit..(hehehehe..gatai no)...dah lama aku berchatting dgn dia kat fb...tapi x pernah jumpa...

Balik kerja semalam....21 Mac 2013... aku baring2 bergolek atas katil sambil menonton ceta" Rindu Bertamu Di Abu Dhabi"... tiba2 phone aku berbunyi..aku lihat x ada nama si pemanggil..entah kenapa aku angkat...walhal sebelum ni..kalau no yang x aku save dlm hp memang aku x akan angkat punya...tapi malam tadi entah kenapa aku angkat...dan bermula la bicara pertama kami di telepon...padahal dia dah lama minta no aku..


Aku : Assalamualaikum...
Dia : Walaikumsalam..
Aku : Saper ni?
Dia : I la K_ _ _ _ _ _
Aku : ohhhh...eh kenapa nama u x naik? 
Dia : U x save la tu..
Aku : ehh..i save la..(tiba2 baru aku teringat...aku save kat hp lagi satu)
Dia : emm...u ni..U buat apa?
Aku : tak ada apa...baring2 tgk ceta kat TV3 ni..
Dia : ohh...u nak jumpa i?
Aku : Jumpa U? Bila? (fuhhhh excited giler)
Dia : Lepas maghrib bole?
Aku : bole2..(buat muka girang...senyum sampai ketelinga..)
Dia : ok...lepas magrib ni i msg u...i nak solat kat masjid hijau dulu
Aku : Ok...(Giler kalau dia tengok senyum aku sampai ke telinga mesti dia kutuk aku)
Dia : ok dear nanti lepas maghrib i msg u k..Bye..
Aku : Bye...(Senyum lagi sampai ke Telinga)


Saat berganti Saat...Minit berganti Minit...aku cuba buat2 cool jer...Sempat borak dgn housemate aku lagi..emm..aku tgk jam..dah kul lapan...x ada pun dia msg...aku tgk jam lagi dah kul 8:30pm...emm tak jadi kot...mungkin dia busy..tak pe la...aku terus ke dapur basuh cawan yang aku guna..keluar dari dapur...housemate aku ckp telepon aku dari tadi berdering2..aku cepat2 ambil phone dan jawab..


Aku : Assalamulaikum
Dia : Walaikumsalam..I ada kat seksyen 9 ni..nak jumpa u kat mana?
Aku : emmm...u tunggu i kat...kat..kat...emmm...papa rich bole? (tiba2 jadi x ingat lak nama restaurant ni)
Dia : Papa Rich? Kat mana u?
Aku : Ala...kat sek 9...dekat2 dgn masjid hijau tadi..
Dia : Ohh..ok2 I cari..Bye..
Aku : Bye...

aku pun stat bersiap ala kadar...emm..pakai je la apa yg patut..dah tak sempat nak iron...cari baju yang tak perlu nak iron.. :). aku gerak dari rumah nak dekat kul 9:00pm... sampai kat Papa Rich Lebih kurang kul 9:10pm...dalam keta sempat lagi aku berdoa...YA ALLAH YA TUHANKAN...KAU PERMUDAHKANLAH PERTEMUAN AKU DENGANNYA...AMIN..


Aku pun berjalan masuk kedalam Papa Rich...aku tgk dia tengah dok main handset..aku terus beri salam kat dia...dia jawab salam....dan senyum...sumpah...hati masih berdebar2....dia yang banyak tanya...maklumlah..aku kan tak banyak cakap...tapi bila berbual dgn dia...memang seronok...ada saja hal yang dia nak tahu tentang aku..sambil tu aku tgk kiri kanan...mana lah tahu ada orang yang aku kenal....sah..memang ada...jiran depan rumah mak aku dgn family dia...dan pensyarah kat tempat aku kerja...dalam hati aku berdoa...jangan la dr ni perasan aku...kalau yang jiran ni...biarlah dia tahu... :)..macam dia tanya aku..apa yang aku minat...aku cakap la aku suka tgk movie...g karaoke..walaupun x pandai nyanyi...dia pun cakap dia x pandai nyanyi..tapi bila dia nyanyi... dia akan nyanyi lagu..SAYANG..Shea..tu..dia pun nyanyi depan aku...lepas dia nyanyi..dia ckp..aku kalau aku dgr lagu ni..aku mesti ingat dia...So SWEET..
Masa begitu mencemburui kami...Berbual punya berbual....aku tak sedar jam dah nak dekat kul 12:00am dah...dia pun bgn dan terus g bayar...kami pun berjalan beringin keluar...rasa macam dah lama jer kenal dgn dia...SUMPAH...Aku rasa BEST sgt dgn pertemuan ini...insyaallah...akan ada pertemuan kali kedua...dia ajak aku keluar lagi..berjalan beriringan ke kereta buat aku rasa BAHAGIA...sampai je kat depan kereta...ntah macam mana aku boleh tersalah cakap.." Ok la u,...kereta i dah sampai.." dia pun tanya aku..." kereta u dah sampai? mana? " "ehh..silap...bukan kereta i dah sampai...i dah sampai kat kereta i..." (huhuhuhu..ayat bm pun boleh tonggang langgang..)..kami berpisah ke kereta masing2...dia janji..insyaallah...kita keluar lagi..aku senyum dan anggukkan kepala..Rasa berat je HATI ni nak berpisah dgn dia...

Betul apa yang dia cakap...aku akan senyum sampai hari ni...BETUL...sampai saat aku menulis ni pun aku masih tersenyum...mengingati Kisah PERTEMUAN PERTAMA KAMI....Syukur pada mu Ya Allah..Kau lancarkan segalanya...

Ya Allah Ya Tuhanku...ada kah dia Empunya Tulang Rusuk Kiri yang aku bawa selama ini? Kau berkatilah HUBUNGAN ini Ya Allah..Amin...Ya Rabbil Alamin..







Thursday, February 14, 2013

SAY NO TO VALENTINE!!


Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum..

Hari Ini 14 Feb..
Saya rasa kebanyakan dari kita tau ada ape pada tarikh tu..Hari kekasih a.k.a Valentine's day.
Dan...



Hari-hari adalah hari berkasih sayang.Berkasih sayang dalam landasan syara'.Bukannye duk sayang-sayang dengan buayafreng dengan gelifreng kita tu.. :)

Cinta itu Noda Tanpa Allah [CiNTA]
Ayuh kita kejar cinta Allah dan rasulullah.Barulah kita dapat merasai sweetnya beribadah kepada Allah! :)
Jangan biarkan diri kita terpengaruh dengan budaya barat ni!
Sebaliknya,jom kita berkasih sayang kerana Allah..^_^

"Berkasih-sayanglah antara kamu dengan yang lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Thabatlah kamu sehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka."
Hassan al-Banna
Last but not least,Say no to Valentine!!Jangan lupa tau.Assalamualaikum :) 

Sunday, February 3, 2013

Misteri Jodoh


JODOH.

Inilah yang sering kali berlegar dalam benak
fikiran manusia yang masih menanti siapa
pasangan hidupnya di dunia ini.
Jodoh itu di tangan Tuhan.
Tiada sedikitpun kuasa dari tangan
 manusia untuk menetapkan siapa
yang bakal kita kahwini kelak.

Barangkali ramai yang menyangka
bahawasanya jodoh itu mampu
di rancang mengikut kebahagiaan
diri sendiri,namun kenyataannya
adalah tidak.Jodoh itu merupakan
ketetapan Tuhan yang tidak berubah
biarpun sedikit.

Bila sudah punya kekasih hati
yang cantik/kacak,jangan terlalu
takbur.Usah kita berlagak seolah-olah
 kita memang tahu orang yang
kita cintai selama beberapa tahun
itu adalah jodoh yang terbaik buat
 kita.Maksudnya,apabila kita jatuh
cinta dan cinta kita berbalas,usah
berlagak seperti kita tahu orang
yang kita cintai dan mencintai kita
itu adalah jodoh kita,kerana jodoh
itu adalah salah satu dari rahsia Allah.

Zaman ini,sudah berapa banyak
kes manusia yang bercinta bertahun
lamanya,seakan sudah yakin mengenali
antara satu sama lain tapi pengakhirannya
cinta mereka putus di tengah jalan.Justeru,
cinta yang di anyam selama ini atas 
dasar apa?Kerana rupa?
Harta?Nafsu?Kerana itu hati 
masing-masing mula berubah?

Ada yang beranggapan bahawa bercinta
 dahulu sebelum bernikah itu penting
kerana mahu mengenali terlebih
dahulu hati budi seseorang yang
bakal kita habiskan sisa-sisa umur
bersamanya.
Dari situ akan bermulanya istilah
'couple' - dating setiap hari,bermadah
cinta setiap detik.
Dan bila sampai waktunya
untuk akad nikah,sudah hilang
rasa keterujaan,perasaan
berdebar-debar terhadap pasangan.
Kerana apa? Kerana kita sudah
biasa lakukannya sebelum bernikah.
Barangkali perasaan bosan juga mula 
menguasai diri.

Maka,tidak hairanlah kalau ada
pasangan yang baru sahaja
beberapa bulan mendirikan rumah tangga
 sudah mula menampakkan diri
di mahkamah syariah.Sudah lali fenomena
tersebut pada masa kini.

Pernikahan yang di dirikan atas dasar
nafsu dan cinta semata-mata tidak
akan kekal.Perasaan cinta itu akan
 ada pasang surutnya.Nafsu juga
akan pudar.Justeru,andai kedua-duanya
 sudah hilang,apa lagi yang tinggal
untuk mengukuhkan institusi rumah tangga?










Bernikahlah kerana Allah Taala.
Jadikan gerbang perkahwinan itu
sebagai satu ibadah.Kerana dalam
dunia rumah tangga itu,masing-masing
punya tanggungjawab yang perlu
di tunaikan.Alangkah indahnya jika
di saat si suami mengimamkan solat,
isteri dan anak-anak turut serta menjadi
makmum di belakang serta mengaminkan
 segala doa yang di panjatkan.Itulah
nikmat yang bakal di perolehi andai
semua yang kita lakukan kerana Allah.

*********************
Sekian...Peace (~_^)v


p/s : Percayalah selain mati,
jodoh juga perlu ditunggu gilirannya..('',)

Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013

 Assalamualaikum..dan selamat sejahtera...

Syukur alhamdulillah..bertemu juga ditahun baru...tak ada apa yang nak dicoretkan kat wall yang setahun 2 @ 3 kali yang aku conteng ni...org ada blog...aku pun nak ada blog..tapi malas nak update..(hehehehe...terukkan?)
Setiap kali menjelang tahun baru...semua orang sibuk nak buat AZAM kan? hikhikhik...aku pun tak ketinggalan pasang AZAM yang tak seberapa...tapi tak perlu lah aku kongsikan pada semua org apa AZAM aku tu kan..BIARLAH RAHSIA..(ceh2...cam poyoss jer..)
Cuma setiap tahun aku selalu berdoa semoga di pertemukan dengan my MR RIGHT...hehehehe..tak pernah berhenti berdoa..cuma belum ada rezeki je...JODOH tukan RAHSIA Tuhan...DIA belum bagi HADIAH untuk aku lagi kan...so aku kena terus BERDOA..Amin...Insyaallah..kau permudahkanlah...

Add caption