Tekan Je tak kena Bayar pun

Sunday, February 3, 2013

Misteri Jodoh


JODOH.

Inilah yang sering kali berlegar dalam benak
fikiran manusia yang masih menanti siapa
pasangan hidupnya di dunia ini.
Jodoh itu di tangan Tuhan.
Tiada sedikitpun kuasa dari tangan
 manusia untuk menetapkan siapa
yang bakal kita kahwini kelak.

Barangkali ramai yang menyangka
bahawasanya jodoh itu mampu
di rancang mengikut kebahagiaan
diri sendiri,namun kenyataannya
adalah tidak.Jodoh itu merupakan
ketetapan Tuhan yang tidak berubah
biarpun sedikit.

Bila sudah punya kekasih hati
yang cantik/kacak,jangan terlalu
takbur.Usah kita berlagak seolah-olah
 kita memang tahu orang yang
kita cintai selama beberapa tahun
itu adalah jodoh yang terbaik buat
 kita.Maksudnya,apabila kita jatuh
cinta dan cinta kita berbalas,usah
berlagak seperti kita tahu orang
yang kita cintai dan mencintai kita
itu adalah jodoh kita,kerana jodoh
itu adalah salah satu dari rahsia Allah.

Zaman ini,sudah berapa banyak
kes manusia yang bercinta bertahun
lamanya,seakan sudah yakin mengenali
antara satu sama lain tapi pengakhirannya
cinta mereka putus di tengah jalan.Justeru,
cinta yang di anyam selama ini atas 
dasar apa?Kerana rupa?
Harta?Nafsu?Kerana itu hati 
masing-masing mula berubah?

Ada yang beranggapan bahawa bercinta
 dahulu sebelum bernikah itu penting
kerana mahu mengenali terlebih
dahulu hati budi seseorang yang
bakal kita habiskan sisa-sisa umur
bersamanya.
Dari situ akan bermulanya istilah
'couple' - dating setiap hari,bermadah
cinta setiap detik.
Dan bila sampai waktunya
untuk akad nikah,sudah hilang
rasa keterujaan,perasaan
berdebar-debar terhadap pasangan.
Kerana apa? Kerana kita sudah
biasa lakukannya sebelum bernikah.
Barangkali perasaan bosan juga mula 
menguasai diri.

Maka,tidak hairanlah kalau ada
pasangan yang baru sahaja
beberapa bulan mendirikan rumah tangga
 sudah mula menampakkan diri
di mahkamah syariah.Sudah lali fenomena
tersebut pada masa kini.

Pernikahan yang di dirikan atas dasar
nafsu dan cinta semata-mata tidak
akan kekal.Perasaan cinta itu akan
 ada pasang surutnya.Nafsu juga
akan pudar.Justeru,andai kedua-duanya
 sudah hilang,apa lagi yang tinggal
untuk mengukuhkan institusi rumah tangga?










Bernikahlah kerana Allah Taala.
Jadikan gerbang perkahwinan itu
sebagai satu ibadah.Kerana dalam
dunia rumah tangga itu,masing-masing
punya tanggungjawab yang perlu
di tunaikan.Alangkah indahnya jika
di saat si suami mengimamkan solat,
isteri dan anak-anak turut serta menjadi
makmum di belakang serta mengaminkan
 segala doa yang di panjatkan.Itulah
nikmat yang bakal di perolehi andai
semua yang kita lakukan kerana Allah.

*********************
Sekian...Peace (~_^)v


p/s : Percayalah selain mati,
jodoh juga perlu ditunggu gilirannya..('',)

No comments: